Terms of Services
Dasar Perkhidmatan
1. Umum
Terima kasih kerana menggunakan HEWO.com yang dimiliki, dilesen, dioperasi dan dikawal oleh HEWO Corporation Sdn Bhd. Kedua-dua laman web dan syarikat akan dirujuk sebagai 'HEWO'. Penggunaan anda untuk laman web, perisian computer, kandungan, produk-produk dan servis HEWO (secara kolektifnya dirujuk sebagai 'Perkhidmatan’) menunjukkan bahawa anda bersetuju sepenuhnya dengan syarat-syarat perkhidmatan, termasuk, tanpa terhad, kepada sebarang syarat-syarat tambahan atau garis panduan dan peraturan sedia ada melalui penggunaan Perkhidmatan anda selain daripada Syarat-syarat Perkhidmatan ini.
2. Hak cipta dan Polisi Harta Intelek
Pengubahsuaian sebarang bahan atau penggunaan lain bahan dari HEWO merupakan satu pelanggaran hak cipta HEWO dan hak harta benda yang lain. Sebarang penggunaan kandungan, sumber dan bahan-bahan termasuk penyalinan, penduplikasikan, pengeluaran semula, menerbit semula, penyaluran, pengedaran, penjualan, perdagangan, penjualan semula, pemaparan, pemuatnaikan, dan penyiaran dalam sebarang cara pun adalah dilarang keras.
Kesemua nama, logo, nama domain, simbol, tanda, dan ciri-ciri jenama distingtif lain yang dipaparkan di HEWO.com adalah tanda dagangan yang digunakan secara berlesen atau dibawah milik HEWO atau rangkaian sekutu. Sebarang penggunaan tanda dagangan, ciri-ciri, kandungan atau bahan-bahan lain, termasuklah tidak terhad kepada ciptaan kreatif atau bahan-bahan lain yang diterbitkan daripada atau berdasarkan bahan-bahan dalam HEWO.com adalah dilarang.
Anda akan memegang hakcipta dan sebarang hak lain yang sudah anda miliki dalam Kandungan, termasuk data, teks, perisian, mesej, tag, video, audio, grafik, dan fotograf atau bahan-bahan lain, yang telah anda hantar, pamer, membolehkannya didapati atau papar dalam atau menerusi Perkhidmatan. Dengan menghantar, memamer, membolehkannya didapati atau memapar kandungan atau bahan-bahan, anda memberikan HEWO lesen berkekalan, tidak boleh mansuh, seluruh dunia, bebas royalti dan tidak eksklusif untuk membuat semula, mengadapsi, mengubah suai, menterjemah, menerbit, menpersembah atau memapar secara awam, mengedar sebarang Kandungan (sebahagian ataupun keseluruhannya) dan untuk menggabungkan Kandungan itu ke dalam kerja lain dalam sebarang format atau medium yang diusahakan sekarang atau pada masa depan untuk tujuan khusus yang membolehkan HEWO memaparkan, mengedarkan dan mempromosi Perkhidmatannya. Anda juga bersetuju dan memberi jaminan kepada HEWO bahawa anda mempunyai segala kuasa, hak, dan autoriti yang penting untuk mengerankan lesen itu.
3. Dasar Peribadi
HEWO mengumpul maklumat-maklumat peribadi ketika anda mendaftarkan diri untuk Perkhidmatan atau memberikan maklumat-maklumat secara sukarela. HEWO mungkin akan menggabungkan maklumat peribadi yang dikumpul daripada anda dengan maklumat yang kami dapati daripada pihak ketiga supaya kami dapat memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik, termasuklah membuat kandungan yang sesuai untuk anda. Maklumat pelayan HEWO akan direkod secara automatik apabila anda melawat laman web HEWO atau menggunakan sesetengah program atau perisian computer kami, termasuk URL, IP, alamat, jenis pelayar dan bahasa, dan tarikh dan masa permintaan anda.
HEWO mungkin akan menggunakan maklumat peribadi:
1. untuk memberikan perkhidmatan yang anda minta, termasuk perkhidmatan yang memaparkan kandungan yang telah disesuaikan dan diiklankan.
2. untuk pengauditan, kajian, dan analisis bagi mengoperasikan dan menambah-baikkan teknologi dan perkhidmatan HEWO.
HEWO mungkin akan berkongsi maklumat bukan peribadi yang terkumpul dengan pihak ketiga di luar HEWO. Apabila kami menggunakan pihak ketiga untuk membantu kami memproses butiran peribadi anda, kami akan pastikan bahawa mereka mematuhi Dasar Peribadi dan maklumat sulit dan langkah keselamatan yang lain. HEWO juga mungkin akan berkongsi maklumat dengan pihak ketiga dalam keadaan yang terhad, termasuk apabila memenuhi proses undang-undang, mencegah penipuan atau kerosakan yang mungkin akan timbul, dan memastikan keselamatan rangkaian dan perkhidmatan HEWO.
4. Tanggungjawab Anda sebagai Pengguna
Anda bersetuju untuk tidak menggunakan HEWO dan Perkhidmatannya untuk:
1. Memuatnaik, memapar, e-mel, menyiar, kalau tidak menyedia-adakan sebarang Kandungan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengugut, kesat, mengganggu, menyeksa, menfitnah, kasar, lucah, libel, mencerobohi privasi orang lain, membenci, atau mengungkitkan isu perkauman, etnik kalau tidak pertikaian;
2. Bahaya kecil dalam apa-apa cara;
3. Menyamaran sebagai sesiapa atau entiti, termasuk tetapi tidak terhad kepada pegawai HEWO, pemimpin forum, pemimpin atau hos atau dinyatakan salah atau kalau tidak anda tersilap mewakili penggabungan dengan seseorang atau entiti;
4. Memalsukan tajuk atau kalau tidak memanipulasikan pengenalan untuk menyamar sebarang Kandungan asal yang dipaparkan melalui Perkhidmatan;
5. Memuatnaik, memapar, e-mel, menyiar atau kalau tidak menyedia-adakan sebarang Kandungan yang anda tidak mempunyai hak untuk menyedia-adakannya di bawah sebarang undang-undang atau kontrak atau hubungan fidusiari (seperti maklumat dalaman, hak milik dan maklumat sulit diketahui atau didedahkan sebagai sebahagian daripada hubungan tenaga pekerja atau dibawah perjanjian yang tidak didedahkan);
6. Memuatnaik, memapar, e-mel, menyiar atau, sekiranya menyedia-adakan sebarang Kandungan yang menjejaskan sebarang paten, tanda dagangan, rahsia dagangan, hak cipta atau hak-hak harta benda lain ("hak-hak") bagi sebarang parti;
7. Memuatnaik, memapar, e-mel, menyiar atau, sekiranya menyedia-adakan sebarang bahan untuk diiklankan tanpa kebenaran dan permintaan, bahan-bahan promosi, “e-mel remeh”, “spam”, “surat-surat rantai”, “skim pyramid”, atau sebarang jenis penjualan, kecuali dalam kawasan (seperti membeli-belah) yang dibina untuk tujuan sebegitu;
8. Memuatnaik, memapar, e-mel, menyiar atau kalau tidak menyedia-adakan sebarang bahan yang mengandungi virus perisian atau kod computer, fail-fail atau program lain yang dicipta untuk menggangu, memusnahkan atau menghadkan fungsi sebarang perisian atau perkakasan computer atau peralatan telekomunikasi;
9. Menggangu aliran dialog yang normal, menyebabkan skrin untuk “skrol” dengan lebih laju daripada kelajuan menaip dalam pengguna Perkhidmatan lain, atau, sekiranya tindakan yang memberikan kesan negatif kepada perhubungan pengguna dengan pertukaran semasa;
10. Penghalangan atau penggangguan Perkhidmatan atau pelayan atau rangkaian yang berhubung dengan Perkhidmatan atau tidak mematuhi sebarang keperluan, tatacara, dasar atau peraturan rangkaian yang berhubung dengan Perkhidmatan;
11. Secara sengaja atau tidak sengaja melanggar sebarang undang-undang tempatan, negeri, negara atau undang-undang antarabangsa yang berkenaan, sebarang peraturan dalam mana-mana negara atau bursa sekuriti, termasuk, tanpa had, bursa saham New York, bursa saham Amerika atau NASDAQ, dan sebarang peraturan yang mempunyai kuasa undang-undang;
12. “Mengintip” atau sekiranya mengganggu sesiapapun; dan/atau
13. Mengumpul atau menyimpan data peribadi berkenaan pengguna lain yang selari dengan perbuatan dan aktiviti yang dilarang seperti yang dinyatakan dalam baris ‘a’ ke ‘I’.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa HEWO boleh mengakses, memelihara dan mendedahkan maklumat dan Kandungan akaun anda jika diminta oleh undang-undang atau dengan ikhlas percaya bahawa pemeliharaan dan pendedahan sebegitu adalah munasabah untuk:
1. Memenuhi syarat proses undang-undang;
2. Menguatkuasakan Dasar Perkhidmatan;
3. Membalas tuntutan terhadap sebarang Kandungan yang melanggar hak atau parti ketiga;
4. Membalas permintaan anda untuk perkhidmatan pengguna;
5. Melindungi keselamatan hak, harta benda atau keperibadian HEWO, pengguna-penggunanya dan orang awam.
5. Penggunaan Data dan Kandungan
Anda faham bahawa kesemua maklumat, data, teks, perisian, muzik, bunyi, fotograf, grafik, video, mesej, tag, atau bahan-bahan lain, sama ada yang didaftar secara awam atau disiarkan secara persendirian, adalah merupakan tanggungjawab individu dimana kandungan itu berasal.Ini bermakna, anda dan bukanlah HEWO yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi keseluruhan atau sebahagian Kandungan yang anda telah memuatnaik, memapar, e-mel, menyiarkan, atau kalau tidak membolehkan sebarang bahan diperoleh dari Perkhidmatan. HEWO tidak mempunyai kawalan terhadap sumbernya dan selaras dengan itu tidak menjamin ketepatan, keutuhan atau kualiti Kandungan sebegitu. HEWO tidak akan bertanggunjawab dalam mana-mana cara pun terhadap sebarang Kandungan, termasuk, tanpa had, sebarang ralat atau ketinggalan dalam kandungan, atau sebarang kehilangan atau kerosakan atau dalam apa-apa bentuk yang disebabkan oleh penggunaan sebarang kandungan yang dimuatnaik, dipapar, die-mel, disiar atau kalau tidak membolehkan sebarang bahan diperoleh melalui Perkhidmatan.
Kualiti dan kelengkapan data herba ini tidak boleh dijamin. Anda harus menggunakan data ini pada risiko anda sendiri. Anda harus merajuk kepada sumber bahan-bahan yang disenaraikan dalam rujukan atau bahagian bacaan lanjutan, mendapatkan nasihat pakar atau mencari sumber lain untuk menyokong penggunaan data anda.
Anda bersetuju untuk menilai dan menanggung kesemua risiko berkenaan dengan penggunaan sebarang data dan Kandungan, termasuk sebarang kebergantungan pada ketepatan, kelengkapan, atau manfaat data dan Kandungan sebegitu. HEWO mempunyai hak untuk pra-skrin atau menolak sebarang data dan Kandungan sebegitu yang boleh didapati melalui Perkhidmatan dan mengeluarkan sebarang data dan Kandungan yang melanggari Dasar Perkhidmatan ini atau kalau tidak mempertikaikan.
6. Penafian Penjaminan dan Liabiliti
HEWO TIDAK MENJAMIN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN AKAN MEMENUHI KEHENDAK ANDA. ANDA MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ANDA ADALAH DI BAWAH RISIKO ANDA SENDIRI DAN PERKHIDMATAN YANG DIBERI SEKARANG ADALAH ASAS “SEPERTIMANA”, “DENGAN SEMUA KESALAHAN” DAN “SEPERTI YANG BOLEH DIDAPATI”. HEWO TIDAK MEMEGANG TANGGUNGJAWAB UNTUK GARIS MASA, PENGHAPUSAN, PENGHANTARAN SALAH ATAU KEGAGALAN UNTUK MENYIMPAN SEBARANG KOMUNIKASI PENGGUNA ATAU SETING PERIBADI. HEWO DAN GABUNGANNYA, AGEN DAN PIHAK BERLESEN TIDAK BOLEH DAN TIDAK AKAN MENJAMIN, SAMA ADA DINYATAKAN ATAUPUN TERSIRAT, KETEPATAN, KESEMPURNAAN, KESEMASAAN, KETIDAKLANGGARAN HAK, KESAUDAGARAN ATAU KEMAMPUAN UNTUK TUJUAN TERTENTU BAGI MAKLUMAT YANG DIDAPATI MELALUI LAMAN. LAMAN ATAU PERKHIDMATAN JUGA TIDAK DIJAMIN BEBAS DARIPADA KESALAHAN, KEKERAPAN SEDIA ADA ATAU LAMAN ATAU PERKHIDMATAN ITU ADALAH BEBAS DARIPADA VIRUS DAN KOMPONEN BERBAHAYA YANG LAIN. IA ADALAH TANGGUNGJAWAB PERSENDIRIAN ANDA UNTUK SEBARANG KEROSAKAN PADA SISTEM KOMPUTER ANDA ATAU PERALATAN LAIN ATAU KEHILANGAN DATA DISEBABKAN OLEH MEMUAT TURUN SEBARANG BAHAN, KANDUNGAN ATAU DATA YANG DIDAPATI MELALUI PERKHIDMATAN. TIADA SEBARANG NASIHAT DAN MAKLUMAT, SAMA ADA LISAN ATAU BERTULIS, YANG DIDAPATI OLEH ANDA DARI HEWO ATAU MELALUI ATAU DARIPADA PERKHIDMATAN TIDAK AKAN MENCIPTA SEBARANG JAMINAN YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM DASAR PERKHIDMATAN.
7. Liabiliti Terhad
Anda faham sepenuhnya dan bersetuju bahawa HEWO dan anak syarikat, sekutu, pegawai, agen, pekerja, rakan kongsi dan pemegang lesen tidak ada kaitan dengan anda bagi sebarang kerosakan secara langsung, tidak langsung, kebetulan, khas, berakibat, ganti-rugi teladan, termasuk, tetapi tidak terhad, kepada kerosakan dalam kerugian untung, kemuhibahan, kegunaan, data atau kerugian tidak ketara (WALAUPUN HEWO TELAH MEMAKLUMKAN MENGENAI KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEBEGINI), YANG DISEBABKAN OLEH:
a. PERKHIDMATAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN;
b. KOS PEROLEHAN BAGI PERTUKARAN BARANG DAN PERKHIDMATAN HASIL DARIPADA SEBARANG BAHAN, DATA, MAKLUMAT ATAU PERKHIDMATAN YANG DIPESAN ATAU DIPEROLEH ATAU MESEJ YANG DIPEROLEH ATAU TRANSAKSI YANG DIMASUKKAN KE DALAM MELALUI ATAU DARI PERKHIDMATAN;
c. AKSES KE ATAU PENGUBAHSUAIAN TRANSMISI ATAU DATA ANDA TANPA KEBENARAN
d. PENYATAAN ATAU PERBUATAN OLEH MANA-MANA PIHAK KETIGA PADA PERKHIDMATAN; ATAU
e. SEBARANG HAL BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN.
8. Ganti Rugi
Anda bersetuju untuk tidak menuntut sebarang ganti rugi atau permintaan dari HEWO dan anak syarikat, sekutu, pegawai, agen, pekerja, rakan kongsi dan pemegang lesen, termasuk, tetapi tidak terhad, kepada yuran kuasa perwakilan yang berpatutan yang dibuat oleh parti ketiga disebabkan oleh atau timbul daripada Kandungan yang anda hantar, papar, e-mel, siar, atau, kalau tidak membolehkannya diperoleh melalui Perkhidmatan, penggunaan Perkhidmatan anda, hubungan anda dengan Perkhidmatan, pelanggaran Dasar Perkhidmatan oleh anda, atau pelanggaran sebarang hak oleh anda.
9. Pengiklanan
Anda mengaku dan bersetuju bahawa HEWO dengan budi bicara tersendiri boleh meletakkan iklan, promosi, rangkaian pengiklanan, rangkaian-hiper dalam Perkhidmatan. Kesepadanan atau urus niaga anda dengan, atau penglibatan dalam promosi pengiklan yang boleh dijumpai di dalam atau melalui Perkhidmatan, termasuk pembayaran dan penghantaran barangan atau perkhidmatan berkenaan, dan sebarang syarat, perihal, jaminan atau persembahan lain yang berhubung dengan hal penyelarasan, adalah hanya di antara anda dengan pengiklan berkaitan. Anda juga bersetuju dan menjamin bahawa HEWO tidak akan bertanggungjawab atau tidak akan menanggung sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku hasil daripada hal penyelarasan sebegitu atau akibat daripada kehadiran atau pengiklan sedia ada dalam Perkhidmatan.
10. Penamatan
Anda bersetuju bahawa di bawah keadaan tertentu dan tanpa notis terlebih dahulu, akaun anda dengan HEWO boleh ditamatkan dengan serta-merta oleh HEWO, dan akses ke perkhidmatan juga boleh ditamatkan disebabkan oleh, tetapi tidak terhad kepada:
1. Pencerobohan atau pelanggaran Dasar Perkhidmatan atau garis panduan atau perjanjian yang berhubung dengannya;
2. Permintaan oleh pihak berkuasa atau agensi kerajaan yang lain;
3. Permintaan oleh anda sendiri (penamatan sendiri akaun);
4. Pemberhentian atau pengubahsuaian bahan-bahan dalam Perkhidmatan (atau yang berkaitan);
5. Masalah-masalah atau isu-isu sekuriti atau teknikal yang tidak dijangka;
6. Tidak aktif untuk tempoh masa yang lama; dan/atau
7. Penglibatan anda dalam aktiviti penipuan dan salah di sisi undang-undang.
Anda bersetuju juga bahawa semua syarat Penamatan adalah berada di bawah tanggungan persendirian HEWO dan HEWO tidak akan diikat oleh liabiliti terhadap anda dan mana-mana parti ketiga sebarang penamatan akuan atau akses ke dalam Perkhidmatan.
11. Maklumat Umum
Perjanjian ini harus dikuatkuasakan oleh dan diertikan selaras dengan undang-undang Malaysia, tidak termasuk peruntukan dan konflik undang-undang.
HEWO dengan budi bicara tersendiri boleh membuat perubahan, pengubahsuaian, penambahan atau penghapusan pada Dasar Perkhidmatan pada bila-bila sahaja tanpa mengeluarkan notis atau apabila dianggap perlu dan sesuai.
HEWO HAKCIPTA © 2009 HEWO CORPORATION SDN BHD. HAK CIPTA TERPELIHARA.